Program Bicara Buku @ MBJB

Sekitar Program Bicara Buku @ MBJB yang telah diadakan hari Rabu, 5 Jun 2024 di Panggung Cempaka, Menara MBJB.

Pada bicara kali ini, 2 orang pegawai MBJB, iaitu Tuan Haji Abdul Jalil Bin Tasliman, Pengarah Kawalan Bangunan merangkap Ketua Penyelaras Strategik & Projek Khas MBJB telah membicarakan buku berjudul 'Dinasti Perbankan', digandingkan bersama Dr. Muhammad Khairi Bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) MBJB membicarakan buku berjudul 'Dare to Fail'.

Moderator siri Bicara Buku kali ini dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Aiman Bin Ahmad, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan, Bahagian Hal Ehwal Islam MBJB.

Untuk makluman semua, siri program Bicara Buku @ MBJB anjuran Perpustakaan Sultan Ismail ini akan diteruskan pada bulan-bulan akan datang dengan kupasan judul-judul buku yang lain yang juga akan disampaikan oleh para pegawai MBJB.

Program Bicara Buku

Program Bicara Buku