Program 'Lu Jangan Cuba' Anjuran Jawatankuasa Pengukuhan Institusi & Sivik LA21 MBJB

PROGRAM 'LU JANGAN CUBA' ANJURAN JAWATANKUASA PENGUKUHAN INSTITUSI & SIVIK LA21 MBJB

Selasa, 24 September 2024 | Sekitar Program 'Lu Jangan Cuba' anjuran Jawatankuasa Pengukuhan Institusi & Sivik LA21 MBJB bersama sekolah-sekolah menengah kawasan MBJB di Dewan Kenanga hari ini.

Program 'Lu Jangan Cuba' ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah akan implikasi bahaya dadah terhadap diri, masyarakat dan kitaran sosial penagih; menerangkan undang-undang dan hukuman berkaitan dengan penagih dan pengedaran dadah; serta memberikan motivasi kepada pelajar ntuk mewujudkan kehidupan yang dengan persekitaran yang mendorong ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan.

Program ini telah melibatkan agensi-agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang, Agensi Antidadah Kebangsaan, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Puspanita MBJB, Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan lain-lain lagi.

Semoga penganjuran program ini memberikan pelbagai manfaat dan inspirasi buat anak-anak muda Johor Bahru.

Program Lu Jangan Cuba

Program Lu Jangan Cuba

Program Lu Jangan Cuba

Program Lu Jangan Cuba

Program Lu Jangan Cuba