Ahad, 29 September 2024 | Satu program 'walkabout' bersama YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, dan program ERAT MBJB Dekati Komuniti 2024 telah diadakan hari ini di Kampung Dato' Sulaiman Menteri (KDSM).
Sesi 'walkabout' bersama penduduk ini telah diadakan sebagai satu usaha mengeratkan hubungan MBJB bersama komuniti setempat, menyantuni masyarakat serta melihat permasalahan, aduan dan cadangan penambahbaikan yang diutarakan komuniti. Program ini telah dihadiri oleh Tuan Haji Abu Talib Alias, Ahli Majlis Zon Bakar Batu, Ir. Hajah Nazatul Shima Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, Tuan Haji Mohd Zin Sungip, Ketua Kampung KDSM, Tuan Haji Mohd Saat Hassan, Pengerusi Khairat Kematian & Kebajikan Orang-Orang Islam KDSM, ketua-ketua jabatan MBJB, wakil PDRM, Universiti Teknologi Malaysia, serta wakil-wakil penduduk KDSM.
Bertemakan #ERAT (Engagement, Responsibility, Affinity, Teamwork), program yang memfokuskan aspek pembangunan sosial dan ekonomi setempat ini turut akan diadakan di zon-zon Ahli Majlis MBJB yang lain di masa akan datang.