Program Walkabout Megah Ria & Kota Puteri Erat MBJB Dekati Komuniti @ Zon Johor Jaya / Taman Rinting 2024

10 November 2024 | Satu program 'walkabout' bersama YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, dan program ERAT MBJB Dekati Komuniti 2024 telah diadakan hari ini di Dewan Muafakat Taman Megah Ria, Johor Bahru

Sesi 'walkabout' bersama penduduk ini telah diadakan sebagai satu usaha mengeratkan hubungan MBJB bersama komuniti setempat, menyantuni masyarakat serta melihat permasalahan, aduan dan cadangan penambahbaikan yang diutarakan komuniti.

Program ini turut dihadiri oleh Puan Chan San San, Ahli Majlis Zon Johor Jaya/Taman Rinting, Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Setiausaha MBJB, Ir. Hajah Nazatul Shima Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, Encik Mohamad Alhad bin Ngadimon, Ketua Kampung Kuala Masai, ketua-ketua jabatan MBJB, wakil PDRM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Tenaga Nasional Berhad, SAJRanhill dan SWM Environment. Sebanyak 4 lokasi lawatan walk about diadakan pada kali ini seperti di Flat Jalan Cenderai 19, Pasar Borneo, Jalan Bayan 1 dan Jalan Penaga 4 yang berada dalam Zon Johor Jaya/Taman Rinting.

Bertemakan ERAT (Engagement, Responsibility, Affinity, Teamwork), program yang memfokuskan aspek pembangunan sosial dan ekonomi setempat ini turut akan dilaksanakan di zon-zon Ahli Majlis MBJB yang lain pada masa akan datang dengan penglibatan agensi dan jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan komuniti.

Program Walkabout

Program Walkabout

Program Walkabout