SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN TAHUN 2022 PERINGKAT NEGERI JOHOR

Rangkuman gambar sekitar pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor 2022 anjuran bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dan Persatuan Penulis Johor di Perpustakaan Sultan Ismail hari ini.

Seramai 47 orang peserta, kategori terbuka (18 tahun ke atas) telah bertanding untuk mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan. Johan dimenangi oleh Puan Norafiah binti Saini, Naib Johan Cik Siti Nurulain binti Taham dan ketiga Encik Abdul Malik Bin Mohd Shah

Penyampaian hadiah pertandingan ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman (Datuk Bandar Johor Bahru) bersama-sama Encik Mohd Riduwan bin Wahab (Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan) dan Encik Amiruddin bin Md Ali Hanafiah (Ketua Satu Persatuan Penulis Johor). Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.

img

img

img