Sekitar Lawatan Penandaarasan Delegasi MBJB Ke Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Perak

Khamis, 18 Julai 2024 | Sekitar lawatan penandaarasan delegasi MBJB ke Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Perak, pada Khamis 18 Julai 2024.

Delegasi MBJB yang diketuai oleh YBhg. Datuk Wira Sheikh Nafiq Al Firdaous, Ahli Majlis MBJB Zon Bandar merangkap Pengerusi JK Pelancongan dan Rekreasi LA21 MBJB, hadir di MPT bagi tujuan penandaarasan dan perkongsian amalan terbaik pembangunan infrastruktur pelancongan selain mendengar taklimat mengenai tanaman 'Gutta Percha' di daerah Taiping, Perak.

Kehadiran delegasi MBJB telah disambut oleh Y. Brs. Tuan Khairul Amir bin Mohamad Zubir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, dan Y.Brs. Clr. Kuang Kok Hoo, Ketua Ahli Majlis 2, serta ketua-ketua jabatan dan pegawai Majlis Perbandaran Taiping.

Melalui lawatan penandaarasan ini, sedikit sebanyak perkongsian pengalaman dan 'best practices' dari MPT dapat dijadikan contoh untuk pembangunan infrastruktur pelancongan di bandar raya Johor Bahru ini.

Lawatan

Lawatan

Lawatan