Rabu, 23 November 2022 - Sekitar sesi audit Johor Bersih Siri 2 di kawasan pentadbiran MBJB. Sesi auditan ini adalah merupakan penilaian berterusan PBT dalam Negeri Johor berkenaan keberkesanan kempen Johor Bersih yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Johor pada 2 Julai 2022. Antara kriteria yang dinilai adalah berkaitan kebersihan persekitaran, penyelenggaraan kemudahan awam/landskap, penyelenggaraan infrastruktur, aktiviti 'plogging' dan lain-lain lagi.
Lokasi yang diaudit semalam adalah di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre dan Masjid Sultan Abu Bakar.