SEMINAR WARISAN JOHOR BAHRU 2023

SEMINAR WARISAN JOHOR BAHRU 2023

Selasa, 7 Februari 2023 | Sekitar Program Seminar Warisan Johor Bahru 2023 Sempena Ulang Tahun Pengisytiharan Majlis Bandaraya Johor Bahru ke-29 anjuran Perpustakaan Sultan Ismail MBJB dan Per, satuan Sejarah Lisan Malaysia (PSLM) di Dewan Kenanga, Menara MBJB hari ini.

Pelbagai tajuk menarik mengenai sejarah perkembangan bandar raya Johor Bahru telah dikupas oleh panelis pakar seperti ‘Johor Bahru Perbandaran Moden Abad Ke-19 di Asia Tenggara’ oleh Encik Mohd Zulfadli bin Md Maarof (Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor) ‘Sejarah Perkembangan Kerajaan Tempatan Johor Bahru’ oleh Dr. Mardiana binti Nordin (Universiti Malaya), ‘Meneliti Sejarah Johor Bahru Melalui Peta-Peta’ oleh Encik Mohd Azlan bin Dato' Mohd Sharif (Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor Kawasan Batu Pahat)dan ‘Perkembangan Pentadbiran Daerah Johor Bahru 1914-1942’ oleh Encik Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria (Universiti Malaya) hari ini.

Semoga melalui penganjuran program ini serta kerjasama baik MBJB dan PSLM menjadi wadah percambahan ilmu khususnya untuk warga bandar raya Johor Bahru.

#JBMampan
#JBThinkGreen

Seminar Warisan Johor Bahru 2023

Seminar Warisan Johor Bahru 2023