SESI KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN BERSAMA DELEGASI CITY OF KYOTO, JICA DAN KYOTO ENVIRONMENTAL ACTIVITIES ASSOCIATION

SESI KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN BERSAMA DELEGASI CITY OF KYOTO, JICA DAN KYOTO ENVIRONMENTAL ACTIVITIES ASSOCIATION
 
Selasa, 14 Februari 2023 | MBJB telah menerima kunjungan hormat dan perbincangan bersama-sama delegasi dari City of Kyoto, Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Kyoto Environmental Activities Association (KEAA) Japan, di Menara MBJB. Dalam sesi pertemuan ini, pihak delegasi Jepun telah memberi pembentangan berkaitan projek-projek terkini JICA di Malaysia dan potensi kerjasama baharu bersama JICA; pembentangan status MOU antara MBJB dan KEAA serta sasaran hub masyarakat rendah karbon dan Sudut Lestari; dan pembentangan dari City of Kyoto berkaitan isu perubahan iklim, pengurusan banjir, serta insentif kepada pihak pemaju dan industri untuk menerapkan amalan hijau dalam pengurusan kerja seharian.
 
Kedua-dua pihak turut membincangkan prospek untuk meluaskan kerjasama di antara bandar raya Johor Bahru dan Kyoto yang akan memberi impak positif kepada warga bandar raya.Untuk makluman warga bandar raya, MBJB bersama IRDA, JICA, City of Kyoto dan KEAA telah memetari Memorandum Kerjasama pada tahun 2021 dalam usaha-usaha memelihara alam sekitar serta membudayakan amalan rendah karbon di bandar raya ini.Terlebih dahulu, delegasi dari Jepun ini turut bersama hadir menyempurnakan perasmian Sudut Lestari MBJB di Perpustakaan Sultan Ismail pagi tadi. Sudut ini berperanan untuk memberi pendedahan, mendidik serta melatih generasi muda di bandar raya ini berkenaan pemeliharaan alam sekitar serta amalan rendah karbon menggunakan 'the Kyoto Model'.