13 JUN 2024 | Menara MBJB
Dalam usaha berterusan untuk menangani aduan-aduan awam berbentuk kecemasan di kawasan bandar raya ini, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hari ini telah menyerahkan beberapa tambahan unit aset kerja kepada anggota Skuad Kilat MBJB bagi menangani aduan bersifat kecemasan dan bencana dalam kawasan pentadbiran MBJB yang memerlukan tindakan pantas dan segera.
Untuk makluman, Skuad Kilat MBJB akan melaksanakan tindakan ‘first response’ terhadap aduan kecemasan atau bencana, manakala langkah penyelesaian susulan yang lebih komprehensif dan lengkap dalam jangka masa pendek, sederhana atau panjang tetap akan dilaksanakan secara bersepadu oleh MBJB bersama-sama rakan operasi dari agensi kerajaan yang lain.
Tambahan lagi, melalui Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC) atau Pusat Kawalan Operasi Bersepadu Johor Bahru di Aras 15 Menara MBJB yang telah beroperasi melibatkan beberapa jabatan dalaman MBJB termasuk Skuad Kilat, tindakan segera 'first response' terhadap kejadian kecemasan atau bencana dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan efisien.
Warga bandar raya yang mempunyai sebarang aduan kecemasan boleh hubungi Skuad Kilat MBJB di talian hotline 1300-88-0146, talian am MBJB 07-2198000 (waktu pejabat), talian Whatsapp 0197788212 serta aplikasi Rakyat Responz.