Simposium Lestari 2024

Selasa, 5 November 2024 | Simposium Lestari 2024 adalah simposium penutupan projek Sudut Lestari dengan kerjasama Kyoto City, Kyoto Environmental Activities Association (KEAA), Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA) yang akan tamat pada pada 15 Januari 2025.
 
Simposium ini telah dihadiri seramai 200 orang peserta dari PBT, agensi swasta, institusi, sekolah dan NGO. Sebanyak 18 buah pameran dari pelbagai agensi telah turut serta dalam program ini dan 10 Arca dari finalis Pertandingan Arca Lestari juga telah dipamerkan.
 
13 perbentangan telah dibentangkan pada sesi di sebelah pagi yang bermula dari wakil IRDA, Perpustakaan Sultan Ismail, Kyoto Environmental Activities Association (KEAA) dan seterusnya dari rakan sinergi, sekolah terbaik program Pendidikan Kelestarian LA21 dan wakil dari bandar ASEAN.
 
Pada sebelah petang pula, majlis diteruskan dengan sesi 'Leaders Forum - Sudut Lestari : A Low-Carbon Society Community Hub for Capacity-Building and Networking as a Model for ASEAN Countries' yang dikendalikan oleh TPr . Chau Loon Wai, Penyarah Kanan Pusat Kajian Rendah Karbon Asia UTM selaku Moderator. Manakala panel pula terdiri daripada Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Noorazam Bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, Yang Berhormat Dato' Dr Badrul Hisham Bin Kassim, Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA), Mr. Tatsuro Niikawa, Pengerusi Kyoto Environmental Activities Association (KEAA).
 
Tujuan simposium ini diadakan adalah bagi perkongsian pencapaian projek Sudut Lestari, perkongsian amalan terbaik kelestarian dan sebagai platform perkongisan dari bandar raya Kyoto dengan kerajaan tempatan, agensi, sektor swasta dan komuniti setempat.
 
Simposium Lestari
 
Simposium Lestari
Simposium Lestari