Tahniah Diucapkan kepada YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru Merangkap Timbalan Chef de Mission SUKMA Negeri Johor

Tahniah diucapkan kepada YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, merangkap Timbalan Chef de Mission 1 Kontinjen SUKMA Negeri Johor di Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 atas pencapaian cemerlang enam sukan di bawah pemantauannya di Zon Miri (Karate, Pelayaran, Lawan Pedang, Sofbol, Ragbi, dan Pencak Silat) yang berjaya mencapai kejayaan cemerlang dengan membawa pulang 8 emas, 9 perak, dan 13 gangsa, melebihi sasaran wajib 6 emas.

Lebih membanggakan, sebagai Presiden Ragbi Negeri Johor, YB Dato' Noorazam berjaya menyuntik semangat juang yang luar biasa dalam pasukan ragbi lelaki Johor sehingga berjaya meraih pingat emas, menamatkan penantian 30 tahun Johor untuk pingat emas dalam sukan ragbi di SUKMA.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada YB Dato' dan juga atlet-atlet Johor serta barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan atas pencapaian dan semangat kesukanan yang dipamerkan.

Demi Johor!

Sukma XXI

Sukma XXI

Sukma XXI