Tahniah Team MBJB - Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Daerah Johor Bahru

MAJLIS PERBARISAN DAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2024 PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Sabtu, 31 Ogos 2024 | Stadium Educity Iskandar Puteri Johor Bahru

Pagi tadi telah berlangsung Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Daerah Johor Bahru di Stadium Educity Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Majlis Bandaraya Johor Bahru telah menghantar kontinjen dalam majlis ini dan memenangi Tempat ke-3 masing-masing untuk Pakaian dan Uniform Terbaik dan juga Sepanduk Terbaik bagi Kategori Jabatan Kerajaan.

Dalam perarakan tersebut juga Majlis Bandaraya Johor Bahru telah memperkenalkan sejumlah aset (kenderaan) yang digunakan seharian dalam memberikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada rakyat.

Tahniah diucapkan kepada Team MBJB!

'Malaysia Madani, Jiwa Merdeka'
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2024.
Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke-67.

Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Tahun 2024

Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Tahun 2024

Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Tahun 2024

Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Tahun 2024