Taklimat Garis Panduan Pengurusan Tatatertib Majlis Bandaraya Johor Bahru Siri 1

Isnin, 23 September 2024 | Grand Paragon Johor Bahru

Telah berlangsung sesi Taklimat Garis Panduan Pengurusan Tatatertib MBJB Siri (1) selama 2 hari (22 - 23 September 2024/ Ahad dan Isnin) bertempat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.

Taklimat selama 2 hari ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan penerangan berkenaan Garis Panduan Pengurusan Tatatertib MBJB kepada Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) MBJB.

Sesi penerangan pada hari pertama telah disampaikan oleh En. Maznizam bin Mohd Sapuan, Penasihat Undang-Undang MBJB dan pada hari kedua oleh En. Mohamad Khairulanuar bin Esa, Pengarah Integriti dan Pemodenan MBJB. Penerangan dan taklimat adalah berkisar Kaedah-Kaedah Lembaga Tatatertib Perkhidmatan (Majlis Bandaraya Johor Bahru) 2023 dan Kaedah-Kaedah Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (Tatatertib dan Kelakuan)(Majlis Bandaraya Johor Bahru) 2023.

Semoga sesi taklimat dan penerangan yang disampaikan kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional MBJB ini dapat memberikan kefahaman dan impak positif kepada warga kerja MBJB secara keseluruhannya dari sudut integriti.

Taklimat Garis Panduan

Taklimat Garis Panduan

Taklimat Garis Panduan