Taklimat Pengkomposan Sisa Makanan Oleh SWCORP

Selasa, 2 Julai 2024 | Tunku Mahkota Ismail Youth Centre, Johor Bahru

Satu taklimat telah diadakan oleh Jabatan Pengurusan Harta yang dipengerusikan oleh Puan Mahfuzah binti Md Muslim, Timbalan Pengarah Pengurusan Harta MBJB, bersama Jabatan Lanskap MBJB, Jabatan Kesihatan MBJB, Jabatan Pelesenan MBJB serta pihak SWcorp Cawangan Melaka, Puan Siti Rohayu binti Mohd Isa selaku Ketua Seksyen Pendidikan Masyarakat.

Selaras dengan misi MBJB menjadi sebuah bandaraya yang lestari, taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan dan kefahaman kepada peniaga TMIYC berkenaan pelaksanaan secara berterusan mengitar semula sisa makanan premis masing-masing menjadi baja kompos.

Usaha untuk mendidik peniaga mengamalkan pengkomposan sisa makanan ini akan dilaksanakan kepada semua peniaga di premis MBJB dari semasa ke semasa.

Taklimat Pengkomposan

Taklimat Pengkomposan

Taklimat Pengkomposan