UCAPTAMA OLEH YANG BERHORMAT DATUK BANDAR JOHOR BAHRU , DATO' HAJI MOHD NOORAZAM BIN DATO' HAJI OSMAN BERSEMPENA SME'S SDG FESTIVAL 2022 ANJURAN UN GLOBAL COMPACT NETWORK MALAYSIA & BRUNEI BERTEMPAT DI OPERO HOTEL JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 8 November 2022 — Datuk Bandar Johor Bahru, YANG BERHORMAT Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman telah dijemput bagi menyampaikan ucaptama sempena SME’s SDG Festival 2022 yang dianjurkan oleh UN Global Compact Network Malaysia & Brunei di Opero Hotel Johor Bahru.

Forum ini bertujuan untuk berkongsi dan bertukar pandangan bagi sudut sektor ekonomi yang berfokuskan kepada perusahan kecil dan sederhana (SME) dengan melestarikan agenda 'Sustainable Development Goals' yang dipromosikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Sebagai sebuah organisasi kerajaan tempatan, MBJB merupakan antara pemacu utama bagi memainkan peranan untuk menggerakkan agenda SDG ini dengan bekerjasama bersama agensi-agensi swasta dan masyarakat, untuk meningkatkan tahap mutu ekonomi tempatan serta memelihara keseimbangan mutu hidup warga bandaraya.

Pertumbuhan ekonomi yang kian meningkat terutama bagi SME, haruslah berevolusi seiring dengan usaha memelihara alam sekitar, sosial, kerajaan serta membina kestabilan dari semua sudut bagi menjamin tahap kehidupan sejagat yang mampan. Dengan kestabilan yang utuh ini, ia mampu untuk meningkatkan daya saing yang sihat di antara semua pihak terutama SME serta memberi ruang dan peluang yang baharu serta menjadi pemangkin pembangunan di masa hadapan.

“Dengan adanya agenda The Greater Johor Bahru ini, kita harus menanamkan dan membawa sifat serta pemikiran itu dalam masyarakat setempat ke arah teknologi hijau,” kata Dato' Haji Mohd Noorazam.

#jbmampan
#jbthinkgreen

 

 SME’s SDG Festival 2022SME’s SDG Festival 2022