YAB Menteri Besar Johor Meninjau Fasiliti Hutan Bandar Johor Bahru, TMIYC dan Taman Merdeka

Selasa, 11 Jun 2024 | Hutan Bandar Johor Bahru

Sekitar kunjungan YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, bersama-sama Datuk Bandar Johor Bahru, Ahli-Ahli Majlis dan ketua-ketua jabatan MBJB ke Hutan Bandar Johor Bahru, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru dan Taman Merdeka petang tadi.

Hutan Bandar Johor Bahru adalah merupakan nadi kawasan hijau dipusat bandar Johor Bahru. Kawasan hijau seluas 50 ekar ini akan diberi suntikan peruntukan kewangan bagi menaiktaraf sebahagian kawasan hutan bandar Johor Bahru pada tempoh 2024 - 2025. Peruntukan ini akan terbahagi kepada 3 pakej pembangunan yang bakal memberi nafas baru selain menyediakan kemudahan rekreasi yg terbaik kepada rakyat. Antara pakej yg akan dibangunkan ialah:

1. Bangunan (pengurusan, dewan terbuka, tandas, menara dan chalet) dan Pintu Masuk Utama Hutan Bandar
2. Infrastruktur dan laluan pejalan kaki
3. Kemudahan Rekreasi, Taman Tema Air & 4 Set taman permainan bersepadu

Pembangunan ini dijangka mengambil masa 1 tahun dan dijangka siap menjelang Januari sempena Tahun Melawat Johor 2026.

Kunjungan Menteri Besar Johor

Kunjungan Menteri Besar Johor