Fasiliti Awam Bertaraf '5 Bintang'

FASILITI AWAM BERTARAF '5 BINTANG'

Sebagai usaha berterusan menaiktaraf kemudahan-kemudahan awam untuk warga bandar raya, MBJB telah membangunkan tandas awam bertaraf '5 bintang' di pusat bandar Johor Bahru.Tandas awam yang terletak di Jalan Segget, Johor Bahru, ini telah siap dibina dan sedia untuk digunakan.

Selain dari rekabentuk dalaman yang kemas dan moden, tandas ini turut dilengkapi pili automatik yang boleh menjimatkan penggunaan air; tandas OKU dan bilik persalinan lampin kanak-kanak; selain mempunyai pencahayaan dan pengudaraan mencukupi yang pastinya memberikan keselesaan kepada para pengguna.

Tambahan lagi, MBJB turut menyediakan kemudahan surau di bangunan yang sama untuk kegunaan orang awam. Dengan penyediaan fasiliti bertaraf moden dan selesa ini, adalah diharapkan agar warga bandar raya mengambil sikap yang bertanggungjawab menjaga fasiliti awam ini dengan baik serta mengelakkan perbuatan vandalisme yang pastinya merugikan semua pihak.