JB Neon Recreational Night & Lestari Fun Run And Ride 2024

Ayuh warga JB kita meriahkan JB Neon Recreational Night & Lestari Fun Run and Ride 2024 bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada Jumaat, 28 Jun 2024, bermula jam 8.30 malam (pendaftaran mula 7.30 malam) di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) secara PERCUMA!

Istimewa sempena Hari Alam Sekitar, terdapat pelbagai aktiviti kelestarian seperti bengkel 'mudball', bengkel tukar baju menjadi bag, pertandingan pakaian beragam bertema kitar semula, pertandingan kumpul barangan kitar semula dan lain-lain lagi.

Anda juga boleh mendapatkan T-Shirt atau beg draw string edisi lestari PERCUMA dengan membawa 3kg barangan kitar semula atau 30 botol plastik! (Terhad kepada 300 terawal)

JB Neon Care turut diadakan dengan pengisian program JB FIT X IFITER 2.0, klinik berhenti merokok dan klinik kesihatan mental.

Semua ini PERCUMA. Ya, kenapa perlu bayar?

Daftar sekarang di: https://apl.mbjb.gov.my/jbneon

JB Neon Recreational Night

JB Neon Recreational Night