JB Recreational Night Julai 2024


Jom kita meriahkan JB Neon Recreational Night bulan Julai 2024 pada Jumaat ini, 26 Julai 2024, bermula jam 8.30 malam (pendaftaran mula 7.30 malam) di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) secara PERCUMA! Terdapat pelbagai aktiviti sukan dan riadah seperti berbasikal 30km, larian santai 5km, senamrobik, aktiviti pameran, jualan food truck dan lain-lain lagi.

Anda boleh menyertai aktiviti di bawah program JB Neon Care seperti program JB FIT X IFITER 2.0, klinik berhenti merokok dan klinik kesihatan mental.

Semua ini PERCUMA?? Ya, kenapa perlu bayar?

Daftar sekarang di: https://apl.mbjb.gov.my/jbneon .

Kita jumpa pada 26 Julai ini!

JB Recreational Night