Jom Sertai Kursus Penyelenggaraan Pokok Mengikut Amalan Terbaik Arborikultur MBJB 2024 5 Ogos - 6 Ogos 2024

Anda terlibat dalam kerja-kerja cantasan pokok atau ingin mengetahui lebih lanjut teknik penyelenggaraan landskap yang terbaik?

Jom sertai Kursus Penyelenggaraan Pokok Mengikut Amalan Terbaik Arborikultur MBJB 2024 pada 5 hingga 6 Ogos 2024 di Opero Hotel Southkey, Johor Bahru, terbuka kepada pegawai teknikal PBT, kontraktor, agensi kerajaan dan swasta serta mana-mana peminat landskap.

Kursus ini memberi pendedahan dan penerangan berkaitan penyelenggaraan landskap pokok-pokok utama dan landskap persekitaran mengikut amalan terbaik arborikultur dan hortikultur serta piawaian Jabatan Landskap MBJB.

Imbas QR di poster untuk borang penyertaan atau hubungi urusetia di talian yang tertera.


Kursus Landskap

Kursus Landskap

Kursus Landskap