MAKLUMAN PERUBAHAN ALIRAN TRAFIK BAGI MELAKSANAKAN KERJA-KERJA PEMASANGAN 'NEW JERSEY BARRIER' DI JALAN TUN ABDUL RAZAK SEHINGGA 25 JANUARI 2021

  1. Adalah dimaklumkan bahawa terdapat perubahan aliran trafik di Jalan Tun Abdul Razak (berhadapan Court Mammoth) menghala ke Skudai sehingga 25 Januari 2021.
  2. Perubahan aliran trafik ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan 'New Jersey Barrier' di Jalan Tun Abdul Razak.
  3. Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati sewaktu memandu dan mematuhi papan tanda lalu lintas yang telah disediakan di tapak.