NOTIS PEMBERITAHUAN HAD WAKTU OPERASI AKTIVITI PERNIAGAAN BERKUATKUASA 11 JUN 2020

NOTIS PEMBERITAHUAN HAD WAKTU OPERASI AKTIVITI PERNIAGAAN BERKUATKUASA 11 JUN 2020

Selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan PKP Pemulihan (PKPP), hampir semua premis perniagaan dibenarkan beroperasi dengan syarat perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan MBJB, KKM dan MKN.

Adalah diingatkan agar semua langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 seperti yang disarankan KKM telah dilaksanakan sebelum aktiviti perniagaan dijalankan.

Premis digalakkan menggunakan aplikasi MySejahtera atau JejakJohor bagi digunapakai oleh pekerja dan majikan bagi menyimpan rekod kontak rapat dalam premis yang beroperasi.

Notis ini berkuatkuasa bermula 11 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 atau selagi tempoh PKPP berkuatkuasa.

MUAT TURUN NOTIS PEMBERITAHUAN HAD WAKTU OPERASI AKTIVITI PERNIAGAAN BERKUATKUASA 11 JUN 2020