Notis Pemberitahuan : Pemasangan Bendera Negeri Johor dan Jalur Gemilang di Hadapan Premis Perniagaan Bermula 15 Ogos 2023 - 17 September 2023 Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66

NOTIS PEMBERITAHUAN

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 pada 31 Ogos 2023 dan Hari Malaysia pada 16 September 2023, semua peniaga diminta memasang bendera Negeri Johor dan Jalur Gemilang dihadapan premis perniagaan masing-masing bermula 15 Ogos 2023 sehingga 17 September 2023. Cara pemasangan bendera adalah seperti di bawah.

Diminta agar tuan/puan memberikan kerjasama dengan memasang bendera tersebut berpandukan pada peraturan pemasangan bendera yang dikeluarkan.

Peraturan ini boleh dirujuk melalui Pekeliling Am Kerajaan Johor Bilangan 2 Tahun 2018 (Protokol Bendera Johor dan Bendera Daerah-Daerah Johor) yang boleh dimuat turun melalui pautan:https://www.johor.gov.my/.../Pekeliling-Am-Johor-Bilangan...

Notis Pemberitahuan Pemasangan Bendera