Operasi Bersepadu Rokok Elektronik 'Vape' Bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor

OPERASI BERSEPADU ROKOK ELEKTRONIK ‘VAPE’ BERSAMA JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
 
Saksikan laporan Ops Bersepadu Rokok Elektronik / ‘Vape’ Bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor menerusi liputan rancangan 999 pada Selasa ini, 11 April 2023, di saluran TV3 jam 9.00 malam. Seperti semua sedia maklum, larangan penjualan rokok elektronik atau ‘vape’ serta mana-mana barangan berkaitan dengan peranti rokok elektronik tersebut telah dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2016 seperti mana yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Johor.