PEMAKLUMAN LANJUTAN TEMPOH PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN & IKLAN BAGI TAHUN 2023

PEMAKLUMAN LANJUTAN TEMPOH PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN & IKLAN BAGI TAHUN 2023

  1. Untuk makluman, lanjutan tempoh pembaharuan lesen perniagaan dan iklan bagi tahun 2023 dilaksanakan sehingga 28 Februari 2023 tanpa dikenakan sebarang caj penalti kelewatan pembaharuan lesen.
  2. Kegagalan pembaharuan dilakukan dalam tempoh masa yang diberikan (mulai 1 Mac 2023) akan menyebabkan lesen perniagaan dan iklan dibatalkan serta merta.
  3. Pemilik perniagaan yang masih menjalankan operasi perniagaan perlu membuat permohonan lesen mengikut prosedur penuh permohonan lesen perniagaan & iklan.
  4. Untuk makluman, pengambilan lesen dan pelekat lesen perniagaan & iklan yang telah dijelaskan bayaran melalui eKhidmat boleh diambil dalam masa 14 hari selepas bayaran dijelaskan di kaunter Jabatan Pelesenan.
  5. Surat tawaran serta salinan resit rasmi bayaran yang menunjukkan bukti pembayaran dan nombor akaun lesen perlu dibawa sekiranya tuan/puan ingin menuntut lesen perniagaan dan pelekat lesen.
  6. Lesen dan pelekat lesen boleh diambil di kaunter Jabatan Pelesenan, Aras 5 Menara MBJB. Sebarang pertanyaan atau permasalahan berkaitan lesen sila hubungi talian 07-2198295 atau emel kami di pelesenan@mbjb.gov.my .
  7. Pembaharuan boleh dibuat di Kaunter Setempat MBJB atau menerusi ekhidmat.my
Lanjutan Tempoh Pembaharuan Lesen Perniagaan