Adalah dimaklumkan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Teknikal Bangunan Menara MBJB akan dilaksanakan pada 31 Oktober 2024 (Khamis) yang mana akan berlaku penutupan bekalan elektrik di seluruh Bangunan Menara MBJB.
Sehubungan itu, penutupan server di Pusat Data MBJB akan dilaksanakan sepertimana tempoh masa sepertimana yang telah dinyatakan.
Sebagai makluman semua sistem aplikasi MBJB (dalaman/luaran) serta perkhidmatan atas talian tidak akan dapat dicapai sehingga tempoh sebagaimana dinyatakan.