PEMBERITAHUAN: JABATAN PELESENAN MBJB MEMBEKUKAN SEGALA PERMOHONAN MELIBATKAN PENIAGA-PENIAGA PASAR MALAM DAN PASAR PAGI MULAI 22 JULAI 2020.
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pelesenan MBJB akan MEMBEKUKAN segala permohonan melibatkan peniaga-peniaga Pasar Malam dan Pasar Pagi mulai 22 Julai 2020 sehingga dimaklumkan kelak. Ini bertujuan memberi laluan sesi bancian tapak dijalankan bagi mengenalpasti petak-petak niaga yang kosong.
Berikut adalah jenis permohonan yang dibekukan dalam urusan peniaga Pasar Malam dan Pasar Pagi:
- Permohonan baharu
- Penambahan kawasan baharu
- Penambahan lot petak
- Pertukaran kot petak
- Tukar jenis jualan