PEMBUKAAN SEMULA BAZAR JB BERMULA 28 OKTOBER 2021 WAKTU OPERASI 7.00 PAGI - 12. 00 MALAM

Sukacita dimaklumkan bahawa pembukaan semula Bazar JB adalah bermula pada Khamis, 28 Oktober 2021. Waktu operasi Bazar JB adalah bermula pada jam 7.00 hingga 12.00 malam.

Sehubungan ini, para pengunjung Bazar JB dinasihatkan untuk bersama-sama mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan sebaik-baiknya di samping memeriahkan suasana Bazar JB.

Pengunjung juga diingatkan untuk sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan, masuk dan keluar di kawasan Bazar JB mengikut pintu laluan yang ditetapkan serta mematuhi arahan-arahan kawalan keselamatan untuk terus menyokong pembukaan semula Bazar JB ini.

img
img