Pinkotober Run JB 2023 @ JB Neon Recreational Night 27 Oktober 2023 Dataran Bandaraya Johor Bahru

Pinktober Run JB kini kembali!

Bersempena bulan kesedaran kanser payudara kebangsaan, ayuh kita beramai-ramai menyertai Pinktober Run JB 2023 @ JB Neon Recreational Night, pada 27 Oktober 2023 di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Kanser payudara adalah penyakit kronik yang memberi kesan kepada individu dan keluarga. Melalui penyertaan di Pinktober Run JB 2023, kita akan bersama memberi pendedahan dan hebahan berkaitan kanser payudara dan meraikan 'cancer survivors'.

Pendaftaran kini dibuka di: https://www.jomrun.com/event/Pinktober-Run-JB-2023

Pinktober Run JB 2023 ini adalah anjuran bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru, Co:Action Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA), rakan strategik Yayasan JCORP serta disokong oleh Breast Cancer Support Group Johor Bahru dan Jom Run.

Ikuti laman sesawang acara ini untuk sebarang maklumat tambahan!!

Untuk peserta lain JB Neon Recreational night, sila daftar melalui: https://apl.mbjb.gov.my/jbneon

pink oktober run

pink oktober run