SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & TERIMA KASIH
Seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih buat Tuan Haji Miswan bin Yunus, mantan Setiausaha MBJB, yang kini dilantik sebagai Pegawai Daerah Kota Tinggi.
Tuan Haji Miswan telah memegang jawatan Setiausaha MBJB mulai 1 Disember 2020 hingga 30 September 2024.
Segala ilmu, jasa dan budi yang dicurahkan di MBJB ini akan sentiasa dikenang dan dijadikan panduan buat warga kerja MBJB.