SISTEM i-PENJAJA KINI DIBUKA SEMULA SEHINGGA 4 MAC 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi penambahan kuota kategori 'Penjaja Berlesen' sebagai penerima Insentif Wang Tunai RM500 (one-off) kepada penjaja aktif sehingga 15 Disember 2020 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2021.

Kepada semua kategori 'Penjaja' dan 'Penyewa Premis MBJB' yang berlesen dan aktif sehingga 15 Disember 2020, anda dikehendaki mengisi maklumat lengkap dalam Sistem i-Penjaja MBJB seperti di pautan berikut:

http://apl.mbjb.gov.my/ipenjaja

Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Mac 2021. Kepada pemohon yang telah membuat permohonan sebelum ini TIDAK PERLU mengisi semula untuk mengelakkan maklumat bertindih.

Peringatan bahawa sistem ini adalah bertujuan untuk pengumpulan data di peringkat awal. Segala keputusan adalah tertakluk kepada Kerajaan Negeri. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Pelesenan MBJB di talian 07-2282513 dalam waktu pejabat.

Terima kasih.