TEMPOH KEMASKINI SISTEM i-PENJAJA DILANJUTKAN SEHINGGA 20 JANUARI 2021

Pemohon yang layak sebagaimana senarai mengikut Belanjawan Negeri Johor 2021 adalah penyewa premis PBT (gerai, pasar, medan selera), pasar awam, pasar malam, pasar pagi dan Bazar JB (MBJB) sahaja sehingga 15 Disember 2020.

Tempoh kemaskini di dalam sistem i-Penjaja dilanjutkan sehingga 20 Januari 2021 melalui portal https://apl.mbjb.gov.my/ipenjaja .

Soalan lazim (FAQ):

Isu nombor akaun tidak wujud terjadi disebabkan beberapa perkara berikut:

  1. Pemohon bukan dari kategori di atas
  2. Pelesen baru didaftarkan bermula 2021
  3. Lesen gerai milik majlis adalah jenis tred (yang kini sedang dikemaskini oleh admin)
  4. Pemohon tidak pernah memperbaharui lesen ke sistem ePBT yang telah digunakan bagi lesen penjaja mulai tahun 2019 / akaun tidak aktif / akaun batal / tunggakan.
  5. Pemohon menggunakan kad pengenalan baharu bagi akaun (dalam sistem adalah kad pengenalan lama)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Pelesenan MBJB di talian 07-2282513 di waktu pejabat.

img