Masyarakat Melayu menggunakan pantun dalam menyampaikan mesej. Pantun mempunyai unsur tersurat dan tersirat kepada masyarakat. Inilah kebijaksanaan orang Melayu dalam titipan kasih sayang, adat, adab, budi dan perpaduan. Pantun dibina dengan teliti sehingga unsur sains dan alam menjadi sebahagian daripada elemen yang sentiasa wujud dalam pantun.
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Marilah bersama-sama kita saksikan Wancana Sastera dengan tajuk 'Forensik Pantun : Kebijaksanaan Bangsa Melayu dalam Kurik Kundi Merah Saga' secara langsung melalui aplikasi Webex dan Facebook Rasmi MBJB pada Selasa, 5 Oktober 2021, jam 10 pagi.
Kata Laluan Aplikasi Webex
Meeting number: 2555 495 2478
Password: BTM@SASTERA