Pendigitalan Sepenuhnya Pengurusan dan Sistem Bayaran Parkir MBJB Pada 1 Januari 2024

PENDIGITALAN SEPENUHNYA PENGURUSAN DAN SISTEM BAYARAN PARKIR MBJB PADA 1 JANUARI TAHUN 2024

Selaras dengan pelaksanaan PENDIGITALAN SEPENUHNYA bayaran parkir di dalam kawasan MBJB menerusi aplikasi MBJB Spot pada 1 Januari 2024, mana-mana penggunaan kupon fizikal tidak lagi sah di kawasan MBJB bermula 1 Januari 2024. Pengguna disarankan agar menghabiskan simpanan kupon fizikal selewatnya pada 31 Disember 2023.

MBJB turut akan melaksanaan ‘Program Pertukaran Kupon Fizikal kepada Kredit e-Wallet di aplikasi MBJB Spot’ dengan terma dan syarat berikut:

  1. Bagi memudahkan pengguna, segala permohonan pertukaran adalah secara atas talian dan sebarang pertanyaan boleh diajukan di semua kaunter MBJB dan semua pejabat cawangan Agen Pengurusan Tempat Letak Kereta MBJB, Presgo Gateways Sdn. Bhd.
  2. Tempoh Pelaksanaan Program adalah 1 Disember 2023 sehingga 31 Januari 2024.
  3. Pertukaran Kupon Sah bagi Kupon Majlis Bandaraya Johor Bahru sahaja iaitu Kod Kupon ‘A’ dan ‘B’.
  4. Kaedah Pertukaran adalah melalui Imbasan Kod QR yang boleh didapati di laman sesawang MBJB Spot (www.mbjbspot.com), media sosial MBJBSpot (Facebook, Instagram, TikTok).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian Presgo Gateways di talian 07-386 8000, Telegram t.me/mbjbspot atau emel support@presgogateways.com .

Pendigitaln Sistem Parkir

Pendigitaln Sistem Parkir

Pendigitaln Sistem Parkir