Pemberian Rebat Cukai, Pengecualian Denda dan Kempen Bil Digital

Dimaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri telah bersetuju memberi rebat 30% untuk bayaran cukai harta tahun 2024 ke atas kenaikan cukai bagi penguatkuasaan Senarai Nilaian dan Kadar Cukai Baru. Pemberian rebat ini tidak termasuk harta-harta Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan di bawah Sumbangan Membantu Kadar (SMK) dan Caruman Bantu Kadar (CBK).

Pemberian rebat 30 % ini tidak terlaksana kepada mana-mana pegangan yang cukai hartanya kekal, pegangan yang tiada kenaikan cukai atau mana-mana pegangan yang mengalami penurunan cukai daripada cukai tahun sebelumnya. Manakala tiada pengenaan denda kepada pemilik pegangan bagi bayaran taksiran Penggal Pertama Tahun 2024.

Kaedah Pengiraan Pemberian Rebat 30% ke atas Kenaikan Cukai Harta Bagi Penguatkuasaan Senarai Nilaian dan Kadar Cukai Baru MBJB Bagi Tahun 2024 adalah sepertimana berikut :

CUKAI HARTA 2024 -  CUKAI HARTA 2023 = PERBEZAAN CUKAI
PERBEZAAN CUKAI x 30% 

 

 

 

Pemberian Rebat Cukai, Pengecualian Denda dan Kempen Bil Digital

.Pemberian Rebat Cukai dan Kempen Bil Digital