Majlis Pelancaran Cashless Month Johor 2024 Bazar Ramadan Taman Dahlia, Johor Bahru

Isnin, 18 Mac 2024 | Bazar Ramadan Taman Dahlia

YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, merasmikan Majlis Pelancaran Cashless Month Johor 2024 di Bazar Ramadan Taman Dahlia, Johor Bahru. Untuk makluman warga bandar raya, bagi mempertingkatkan penggunaan pembayaran tanpa tunai yang lebih berkesan, MCMC telah merangka program Cashless Society yang menekankan tiga (3) aspek, iaitu MUDAH, PANTAS dan SELAMAT berdasarkan kepada 4 tonggak utama:

a)Kesedaran Digital & Literasi Kewangan
b)Keselamatan & Sekuriti Siber
c)Peluang PendapatanMajlis Perasmian 
d)Pembinaan Kapasiti

Kempen kesedaran yang dianjurkan MCMC bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran komuniti tempatan dan peniaga-peniaga tentang manfaat penggunaan bayaran tanpa tunai dan penerimagunaan teknologi seperti e-dompet, DuitNow QR dan kad debit/kredit dan seterusnya menyokong usaha Kerajaan mengukuhkan kedudukan ekonomi komuniti setempat.

Peniaga tempatan boleh mendaftarkan perniagaan mereka di premis digital dengan penyedia perkhidmatan kewangan dan menikmati insentif serta pelbagai tawaran istimewa khas disediakan.

Hadir sama ialah Encik Mohamad Rizal bin Ahmad, Pengarah MCMC Negeri Johor, Hajah Nor Akmal binti Muhammad, Ahli Majlis MBJB Zon Tampoi, serta ketua-ketua jabatan dan pegawai MBJB dan MCMC.

Majlis Pelancaran Cashless Month Majlis Pelancaran Cashless Month