Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Kebangsaan , Dekad Membaca Kebangsaan Negeri Johor dan Penutupan Karnival Bitara Bahasa Negara 2023

MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN, DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN NEGERI JOHOR DAN PENUTUPAN KARNIVAL BITARA BAHASA NEGARA 2023

Ahad, 13 Ogos 2023 | YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan Negeri Johor 2023, dan Penutupan Karnival Bitara Bahasa Negara di Angsana Johor Bahru Mall hari ini.

Karnival Bitara Bahasa Negara ini telah berlangsung selama 4 hari bermula 10 Ogos lalu dengan pelbagai pengisian seperti Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor (Piala Datuk Bandar Johor Bahru), Pertandingan Deklamasi Sajak, Dendangan Syair dan Berbalas Pantun, aktiviti Kembara Maklumat, pertandingan mewarna, kuiz pintar jawi, pertandingan seni coret, pertandingan seni khat kreatif, pertandingan Koir Mutiara Daksina Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru dan lain-lain lagi.

Turut diadakan ialah pameran daripada agensi kerajaan seperti MBJB, Dewan Bahasa dan Pustaka, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, AADK dan lain-lain lagi.

Di dalam ucapan perasmian beliau, YB Datuk Bandar telah menyatakan akan kepentingan untuk memperkasa penggunaan Bahasa Melayu bukan sahaja sebagai medium komunikasi harian tetapi sebagai wahana untuk perkembangan ekonomi, penerokaan ilmu, penyatuan masyarakat berbilang kaum serta membentuk identiti dan jati diri yang boleh dibanggakan di peringkat global.YB Datuk Bandar turut berkesempatan meraikan Hari Ulang Tahun Ke-42 Jabatan Penguatkuasaan MBJB sebentar tadi.

Turut bersama hadir dalam majlis perasmian hari ini ialah Encik Zulfa bin Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dewan Bahasa dan Pustaka; Encik Mohd Rosli bin Mohd Othman, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor; Mohd Riduwan bin Wahab, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan; Y.Bhg. Datuk Haji Mohamad bin Dolmat, Ketua Whip Ahli Majlis MBJB; Y. Bhg. Datuk Yahya bin Jaafar, Ahli Majlis MBJB Zon Bandar Baru Uda; Tuan Haji Miswan bin Yunus, Setiausaha MBJB; Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB; Encik Imran bin Salleh, Ketua Pegawai Operasi, UDA Angsana Sdn. Bhd; serta pegawai-pegawai MBJB, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Pendidikan Negeri serta agensi kerajaan lain.

Syabas, tahniah dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh barisan urusetia MBJB, DBP Wilayah Selatan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Angsana Johor Bahru Mall, IKRAM Teens Johor, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor, Southern Region Johor Bank Islam Malaysia Berhad, Universiti Teknologi Malaysia, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim, Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Malaysia Johor, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, SW Corp, serta seluruh agensi yang terlibat dalam menjayakan Karnival Bitara Bahasa Negara Tahun 2023 ini.

--------------------------------------------------------------------------

Keputusan Pertandingan Kawad Kaki Kategori Badan Beruniform (Kerajaan) Peringkat Negeri Johor Piala Datuk Bandar Johor Bahru:

Kategori Lelaki:

1. Johan – Daerah Pasir Gudang (SMK Kota Masai 2)

2. Naib Johan – Daerah Johor Bahru A (SMK Tasek Utara)

3. Tempat Ke-3 – Daerah Batu Pahat (SMK Tun Sardon)

4. Tempat Ke-4 – Daerah Johor Bahru B (SMK Teknik Johor Bahru)

5. Tempat Ke-5 – Daerah Kota Tinggi (SMK Taman Seri Saujana)

Kategori Perempuan:

1. Johan – Daerah Pasir Gudang (SMK Kota Masai 2)

2. Naib Johan – Daerah Batu Pahat A (SMK Tunku Mahmood Iskandar)

3. Tempat Ke-3 – Daerah Muar (Kor Kadet Polis Sekolah-Sekolah Daerah Muar)

4. Tempat Ke-4 – Daerah Johor Bahru A (SMK Impian Emas)

5. Tempat Ke-5 – Daerah Batu Pahat B (SMK Datuk Menteri)

Pertandingan Koir Mutiara Daksina

Kategori Sekolah Menengah:

1. Johan – SMK (P) Sultan Ibrahim

2. Naib Johan – SMK Tasek Utara 2

3. Tempat Ketiga- SMK Bandar Baru Uda

Kategori Sekolah Rendah

1. Johan – SJK (C) Foon Yew 1

2. Naib Johan – SJK (C) Kuo Kuang 2

3. Tempat Ketiga – SK Bukit Mutiara

Majlis Perasmian Pelancaran

Majlis Perasmian Pelancaran