Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform (Bukan Kerajaan) Peringkat Negeri Johor 2023 Piala Datuk Bandar Johor Bahru

Sabtu, 12 Ogos 2023 | Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform (Bukan Kerajaan) Peringkat Negeri Johor 2023 Piala Datuk Bandar Johor Bahru yang disempurnakan oleh Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, di Angsana Johor Bahru Mall. 

Pemenang Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Menengah (NGO) Kategori Lelaki:

1. Johan: Pasir Gudang (SMK Kota Masai 2)

2. Naib Johan: Johor Bahru A (SMK Mutiara Rini)

3. Tempat Ketiga: Segamat (SMK Agama Segamat)

4. Tempat Keempat: Kulai (SMK Bandar Tenggara)

5. Tempat Kelima: Batu Pahat A (SMK Tunku Mahmood Iskandar)

Pemenang Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Menengah (NGO) Kategori Perempuan:

1. Johan: Pasir Gudang (SMK Kota Masai 2)

2. Naib Johan: Johor Bahru (SMK Mutiara Rini)

3. Tempat Ketiga: Batu Pahat (SMK Tunku Putra)

4. Tempat Keempat: Kulai (SMK Kangkar Pulai)

5. Tempat Kelima: Segamat (SMK Agama Segamat)

Ketua Platun Terbaik Lelaki:

1. Muhammad Nur Iman bin Ibrahim (Pasir Gudang)

Ketua Platun Terbaik Perempuan:

1. Nurul Adriana binti Nizam (Pasir Gudang)

Turut diadakan ialah penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan lain yang diadakan di Karnival Bitara Bahasa Negara iaitu Kuiz Pintar Jawi, Pertandingan Seni Coret (Doodle) dan Program Didik Hibur Kad ASK Murid Sekolah Rendah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan peserta pertandingan!

Pemenang Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform

Pemenang Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform