Pelesenan

Majlis Bandaraya Johor Bahru menyediakan permohonan Lesen Premis Perniagaan dan Iklan mengikut jenis-jenis perniagaan dan keperluan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama-sama permohonan, contoh-contoh borang yang digunakan, bayaran-bayaran yang dikenakan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon atau pelesen. Ianya bagi memberi  kemudahan kepada para peniaga untuk permohonan lesen premis perniagaan.

Dokumen Yang Diperlukan:

Semua jenis permohonan perlu dikembarkan dengan dokumen-dokumen berikut:-
a) Pendaftaran Syarikat termasuk memorandum of Articles of association, Borang 12 dan 49 Akta Syarikat
b) Salinan resit cukai harta tahun semasa
c) Salinan Sijil Kelayakan Menduduki
d) Perjanjian sewa premis sekirannya perniagaan disewa dari pemilik premis
e) Dua (2) keping gambar berukuran paspot
f) Contoh lakaran atau visual (artwork) iklan/papan tanda

Muat Turun Semua Borang Bagi Permohonan Lesen Perniagaan/ Iklan dan yang berkaitan

Surat Sokongan

Surat sokongan dari Jabatan-Jabatan Kerajaan yang terlibat ke atas aktiviti perniagaan seperti berikut:-
a) Perusahaan Makanan
  Jabatan Bomba
  Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  Jabatan Kesihatan
  Jabatan Perkhidmatan Haiwan (jika perlu)
b) Perusahaan memproses barangan berikut:
  Getah, susu, elektronik, oksigen, acetylene, foam, fibre, glass, electroplating, industrial laboratory, dyeing, bateri, aerosol spray, cat, dakwat, tectile, perusahaan kayu, perabut.
  Jabatan Bomba
  Jabatan Keselematan dan Kesihatan pekerja
  Jabatan Alam Sekitar
c) Perusahaan Ringan
  Jabatan Bomba
  Jabatan Keselamatan dan kesihatan Pekerja (jika menggunakan mesin berat)
d) Memproses Bahan Kimia / Racun Serangga
  Jabatan Bomba
  Jabatan Keselamatan dan kesihatan Pekerja
  Jabatan Kesihatan
  Jabatan Kimia
e) Perusahaan Percetakan
  Jabatan Bomba
  Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  Jabatan Alam Sekitar
  Kementerian Dalam Negeri
f) Restoran 
  Sijil Kursus Pengendalian Makanan
  Resit asal Pemasangan Perangkap Minyak
g) Menjual/Menyewa Pita Video, VCD dan CD
  FINAS
  Jabatan Perdagangan dan Ehwal Pengguna
h) Panggung Wayang
  FINAS
  Pejabat Daerah Johor Bahru
i) Kedai Ubat / Farmasi
  Jabatan Farmasi
j) Kedai Urut/Refleksologi
  Jabatan Kesihatan
k) Pusat Persolekan/Rawatan Kecantikan
  Jabatan Kesihatan
l) Pusat Pelancongan
  Perbadanan Pembangunan Pelancongan (TDC)
m) Agensi Pengambilan Pekerja
  Jabatan Tenaga Rakyat
n) Menjual Kereta/Motosikal Terpakai, Barang-Barang Lusuh
  Polis Diraja Malaysia
o) Agensi Nombor Ramalan 
  Kementerian Kewangan Malaysia
p) Pusat Tuisyen/Sekolah Persendirian/Swasta 
  Jababatan Pelajaran
q) Tadika
  Kebenaran Merancang Sementara
  Jabatan Kebajikan Masyarakat
r) Penjagaan Orang-Orang Tua
  Kebenaran Merancang Sementara
  Surat Kelulusan Ubahan/Tambahan daripada Bahagian Kawalan Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru
s) Stesyen Minyak 
  Jabatan Bomba
t) Semua Jenis Perniagaan dalam Kawasan Lapang
  Kebenaran Merancang Sementara
u) Pusat Hiburan, Pub/Bar, Launge/Karaoke 
  Pejabat Daerah Johor Bahru
  Jabatan Bomba
v) Bengkel Kenderaan, Stor 
  Jabatan Bomba
w) Bengkel Kenderaan dan Menyembur Cat 
  Jabatan Bomba
  Jabatan Alam Sekitar
x) Pusat Latihan Memandu
  Kebenaran Merancang
  Jabatan Pengangkutan Jalan
y) Agensi Pengawal Keselamatan
  Kementerian Dalam Negeri
z) Agensi Pekerjaan & Pengambilan Buruh Asing
  Jabatan tenaga Rakyat
  Kementerian Sumber Manausia

 

Lesen Premis Perniagaan
Lesen premis perniagaan hendaklah seentiasa dipamerkan dan ditunjukkan kepada mana-mana Pegawai Majlis yang diberkuasa apabila dikehendaki.
Bayaran pembaharuan lesen tahunan boleh dijelaskan mulai 1 November hingga 31 Disember setiap tahun.  Bayaran yang dijelaskan selepas tarikh tersebut akan dikenakan tindakan tawaran kompaun atas kesalahan lewat membaharui lesen.
Berniaga tanpa Lesen Premis Perniagaan merupakan satu kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan perindusterian (MBJB) 2004.  Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM2,000.00 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Premis perniagaan tidak boleh digunakan untuk kegiatan kurang sihat seperti maksiat pelacuran dan penyalahgunaan dadah.
Majlis boleh menggantung mana-mana lesen bagi apa-apa yang difikirkan perlu atau membatalkan mana-mana lesen yang telah diberi mengikut Undang-undang kecil ini.
 
Lesen Iklan
Papan iklan yang di pasang hendaklah mematuhi peruntukan di Undang-Undang Kecil Iklan seperti berikut:

Seksyen 3 (1) Undang-Undang Kecil Iklan (MPJB) 1981

"Bahasa malaysia dan bahasa Jawi hendaklah digunakan bagi semua iklan sama ada ianya sahaja atau bersama dengan apa-apa bahasa lain"

Seksyen 3 (2) Undang-Undang Kecil Iklan (MBJB) 1981

"Jika iklan adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Jawinya serta juga dalam apa-apa bahasa lain, huruf-huruf bagi perkataan-perkataan dalam Bahasa Malaysia itu hendaklah berukuran tidak lebih kecil daripda huruf-huruf atau tulisan-tulisan, perkataan-perkataan dalam bahasa atau bahasa-bahasa yang lain dan hendaklah ditunjukkan dengan cara yang lebih mudah dilihat"

Seksyen 14 (c) Undang-Undang Kecil Iklan (MBJB) 1981

"Iklan tidak boleh menutup pengudaraan dan pencahayaan tingkap bangunan"

 

Pembatalan Lesen
Majlis Bandaraya Johor Bahru boleh membatalkan lesen yang telah dikeluarkan, walaupun sebelum tamat tempoh sahnya sekirannya didapati perniagaan yang dijalankan melanggar mana-mana peruntukan dalam Akta, Undang Kecil, Perintah atau Arahan-Arahan Kerajaan yang berkaitan tidak kira pelanggaran itu dibuat secara keseluruhan atau sebahagian sahaja.
Syarat - syarat Majlis
a) Papan nama perniagaan hendaklah mengikut bagaimana yang diperuntukan di dalam Undang-Undang Kecil Iklan (MBJB) 1981.
b) Bekalan air paip hendaklah disediakan di premis itu untuk kegunaan pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan.
c) Bilangan bilik mandi, tandas dan tempat buang air kecil hendaklah mencukupi. Tempat yang berasingan hendaklah disediakan untuk lelaki dan perempuan.
d) Mengambil Langkah bagi mempastikan pencahayaan secukupnya disediakan dengan memuaskan, dan jika pencahayaan matahari tidak mencukupi, tindakan hendaklah diambil bagi menyediakan pencahayaan tambahan daripada kuasa letrik dan sebagainya.
e) Mempastikan udara dapat bergerak dengan memuaskan dan menentukan keadaan ini dapat dijaga dengan baik.
f) Langkah-langkah hendaklah diambil bagi mempastikan tidak berlaku kecemasan.
g) Alat-alat mencegah kebakaran yang sempurna hendaklah disediakan.
h) Tidak boleh menggunakan premis ini untuk tujan kediaman kecuali untuk tujuan yang telah ditetapkan. Pengecualian dalam hal ini ialah Jaga Bangunan di mana dibenarkan tidak lebih dari dua (2) orang bagi menentukan keselamatan bangunan itu.
i)

 Dikehendaki mengadakan:-

  • Sebuah tong sampah bertutup dari jenis yang diakui oleh Majlis ini.
  • Sebuah peti ubat kecemasan yang lengkap dengan    ubat-ubatnya.
  • Papan tanda 'DILARANG MELUDAH', 'JAGA KEBERSIHAN BERSAMA' dan 'DILARANG MEROKOK'.
  • Urinal untuk kegunaan kaum lelaki dan hendaklah di dalam keadaan bersih setiap masa.
j) Dikehendaki menggunakan beg plastik untuk menempatkan sampah sarap yang dibubuhkan ke dalam tong sampah yang di sediakan.
k) Ubahan/ tambahan dan penutupan pada bahagian 'air-well' (jika dilakukan) di kedai ini hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Majlis ini.
l) Barang-barang yang disimpan di dalam kedai ini hendaklah disusun dengan sempurna dan teratur.
m) Kebersihan kedai/bangunan pada keseluruhannya hendaklah sentiasa dijaga serta diawasi.
n) Dilarang mengadakan tempat takungan air yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk.
o) Dinasihatkan supaya menggantikan tandas angkat kepada pam dan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis dari Majlis ini.
p) Pelesen dikehendaki memberitahu Majlis ini secara bertulis jika perniagaan hendak ditamatkan kelak atau mengisi borang yang telah disediakan.
q) Dilarang meletak  barang-barang di luar kedai.
r) Segala sampah-sarap hendaklah dibersihkan dan ditempatkan dalam bekas-bekas yang disediakan untuk tujuan itu dan hendaklah menentukan semua bekas sedemikian dikosongkan dan selalu dibersihkan bagi menjaga premis itu bersih sepanjang masa.

Peraturan Untuk Restoran / Kedai Makan

 Premis Perniagaan
a) Premis perniagaan tidak boleh digunakan untuk kegiatan kurang sihat seperti maksiat, pelacuran dan penyalahgunaan dadah.
b) Lantai kedai hendaklah dicuci sekurang-kurangnya sekali dalam sehari  sebaik-sebaiknya selepas menamtkan perniagaan.
c) Ruang kedai hendaklah sentiasa bebas dari kekotoran, daki, habuk dan debu.
d) Menyapu kapur / cat semua dinding dan syiling di premis kedai.
e) Mengadakan urinal untuk kegunaan kaum lelaki dan hendaklah dibersihkan tiap-tiap hari.
f) Dinding, lantai bilik air dan tandas hendaklah dibersihkan dari tanda-tanda kotor atau cat (stain).
g) Lantai hendaklah dipasang dengan mozek, dinding dipasang dengan batu putih (white tiles) setingi 5 kaki.
h) Pencahayaan minima ialah 215 lux.
i) Peredaran udara mencukupi dan bebas dari bau dan hendaklah memasang 'extrator fan' dan kipas.
j) Ruang premis mencukupi untuk keselsaan pekerja, tempat penyimpanan dan mempprosesan.
k) Premis hendaklah dihias dan direkabentuk yang kemas dan menarik.
l) Basin cuci tangan beserta sabun, kain lap dan dryer hendaklah disediakan.
m) Hendaklah menyediakan tempat habuk rokok dan jika premis berhawa dingin tempat untuk pelanggan menghisap roko hendaklah berasingan.
n) Hendaklah meletakkan papan tanda harga yang jelas untuk makanan / minuman yang dijual.
o) Perniagaan lain yang tiada berkaitan tidak dibenarkan diletakkan di dalam premis yang sama.
Pekerja
a) Semua pekerja hendaklah mendapat pemeriksaan kesihatan dan sekurang-kurangnya sekali dalam 3 tahun mendapatkan suntikan TAB dengan kadar bayaran RM30.00 seorang.
b) Semua pekerja hendaklah berpakaian bersih dan kemas atau memakai seragam.
c) Semua pekerja dapur dan tukang masak DIWAJIBKAN memakai APRON yang sesuai, bersih dan menutup kepala.
d) Semua pelkerja hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri.
e) Semua pekerja hendaklah bersifat sopan dan mesra  kepada pelanggan.
f)

Tabiat atau sikap berikut hendaklah dielakkan:

  • Menghisap rokok
  • Menggaru Tubuh
  • Berludah
  • Membuang Hingus
  • Membuang Kahak
  • Menyentuh makanan dengan jari
  • Pekerja tiada tanda-tanda infeksi pada tangan, kuku, cirit-birit, dan tidak mempunyai penyakit yang menular.
Peralatan
a) Semua peralatan masak memasak, menghidang makanan dan minuman hendaklah sentiasa bersih dan sempurna. 
b) Peralatan yang rosak (sompek, retak dan sebagainya) tidak boleh digunakan sama sekali.
c) Pinggan mangkuk, cawan, gelas dan peralatan hidangan hendaklah dicuci dengan bahan pencuci pinggan mangkuk, hendaklah dibilas dengan air bersih.  Sabun pencuci kain tidak boleh sama sekali digunakan.
d) Tempat mempamerkan dan menyimpan makanan yang dijual hendaklah sentiasa bersih dan bebas dari habuk dan daki sesuai binaan serta rekabentuknya.
e) Meja yang disediakan hendaklah dari jenis permukaan yang mudah dicuci dan berkeadaan bersih.
f) Dilarang menjalankan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk di atas lantai.
g) Kerusi/meja dan peralatan perniagaan tidak dibenar diletakkan/menghalang di atas kakilima, bahu jalan dan lorong jalan.
Penyediaan Makanan
a) Makanan hendaklah ditutup, dilindungi semasa penyimpanan, penyediaan, pameran, pengangkutan dan ditempatkan dalam suhu bilik yang sesuai.
b) Sentuhan tangan kepada makanan hendaklah dielakkan dan dinasihatkan menggunakan sepit, sudu dan sebagainya.
c) Dilarang membungkus makanan dengan kertas surat khabar atau pembungkus-pembungkus yang tidak bersih.
d) Bahan makanan hendaklah dari bahan yang asli, segar, tidak rosak dan luput tarikh.
   
Penyimpanan Bahan-bahan dan Stor
a) Ruangan penyimpanan bahan makanan hendaklah sentiasa kering, bersih dan kemas.
b) Mempunyai peredaran udara/cahaya yang baik dan tidak sesak.
c) Bebas dari serangga, tikus dan makhluk perosak lainnya serta menjalankan kerja-kerja kawalan.
d) Semua bahan masak mudah rosak seperti makanan sejukbeku seperti daging, ikan, ayam dan lain-lain hendaklah disimpan dalam peti sejuk yang sesuai serta berasingan dari ruang yang membuat air batu untuk minuman sejuk.
e) Makanan yang tidak halal hendaklah menggunakan tempat penyimpanan yang berasingan.
   
Bekalan Air
 a) Gunakan air paip yang bersih sahaja tiada sambungan silang, back low dan back sphonge.
 b) Jangan menggunakan air yang dibekalkan kepada tandas.
 c) Air hendaklah disimpan dalam bekas yang tidak membahayakan kesihatan.  (Tong-tong atau bekas yang sudah terpakai seperti tong minyak atau bahan-bahab kimia tidak boleh digunakan sama sekali).
 d) Pembuangan air limpah dan pengalirannya hendaklah diselenggara dengan sempurna.
Pembuangan Sampah dan Sisa Pepejal
a) Tong dan bekas sampah, cukup bilangan tidak tembus menggunakan beg-beg plastik hitam untuk mengumpulkan sampah dan sisa-sisa makanan.
b) Mengadakan kawalan dan pembasmian tikus, serangga seperti lipas, lalat dan lain-lain seperti memasang perangkap, racun, semburan dan lampu ultra ungu.
c) Semua bahan masak mudah rosak seperti makanan sejuk/beku seperti daging, ikan, ayam dan lain-lain hendaklah disimpan dalam peti sejuk yang sesuai serta berasingan dari ruang membuat air batu untuk minuman sejuk.
Kawalan Pencemaran Alam Sekitar
a) Semua pelesen diwajibkan memasang perangkap minyam (grease trap) untuk memerangkap minyak dan sisa-sisa makanan dan air kumbahan hendaklah dialirkan ke 'main sewer'.
b) Penyelenggaraan perangkap minyak hendaklah di laksanakan oleh peniaga setiap dua (2) hari sekali.
Lain-lain
a) Kain yang digunakan untuk meja tidak boleh sama sekali digunakan untuk mengesat pinggan mangkuk dan lain-lain alatan.
b) Papan tanda "TIDAK DIBENARKAN BERLUDAH' dan "JAGA KEBERSIHAN" dan " DILARANG MEROKOK" hendaklah dipamerkan yang mudah dilihat.
c) Kedai Makan kategori II tidak boleh menual/digunakan untuk minuman keras.
d) Tidak dibenarkan menjalankan kerja-kerja menyalai dan memanggang daging kginzir ditempat terbuka.
e) Tidak dibenarkan menjalankan atau mengadakan aktiviti hiburan seperti karaoke, nyanyian dan muzik.
f) Kenyataan tanda "HALAL' hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Permit Kawasan Lapang
a) Pelesen Kedai Makan kategori II boleh memohon untuk mendapat Permit Kawasan Lapang untuk meletakkan kerusi meja pelanggan.
b)

Jenis ruang lapang yang dibenarkan adalah seperti berikut:

  • Disebelah tepi premis perniagaan.
  • Di bahagian hadapan premis yang mempunyai ruang pavement.
  • 2 lot ruang letak kereta di Jalan Susur berhadapan kedai.
c)

Jenis ruang lapang yang TIDAK dibenarkan adalah seperti berikut:

  • Ruang kaki lima.
  • Ruang letak kereta awam di jalanraya (Jalan Utama) dan jalan susur bersebelahan jalan utama.
  • Bahagian lorong belakang (back lane).
Kedai Makan yang Beroperasi 24 jam
a) Pelesen perlu membuat permohonan dan seterusnya mendapat kelulusan bertulis daripada Majlis sebelum dibenarkan beroperasi 24 jam.
b) Kedai makan yang telah mendapat Sijil pengredan Makan Gred A atau Gred B sahaja yang boleh dipertimbangkan untuk beroperasi 24 jam.
c) Kedai makan yang telah mempunyai Lesen arak, Lesen Hiburan Muzik & Tari Menari daripada Pejabat Daerah Johor Bahru TIDAK DIBENARKAN beroperasi 24 jam.
d) Pelesen hendaklah mempunyai pekerja yang mencukupi untuk bekerja secara bergilir-gilir untuk masa beroperasi 24 jam.

Peraturan Untuk Perniagaan Kedai Rambut

Premis Perniagaan
a) Pintu dan dinding cermin bahagian hadapan premis hendaklah dari jenis lut sinar.
b) Dilarang membina sebarang sekatan didalam premis kecuali dengan mendapat kebenaran bertulis dari Majlis.
c) Menyediakan papan tanda "DILARANG MELUDAH' "DILARANG MEROKOK" diruang dalam premis.
d) Penjualan atau penyediaan makan minum dilarang sama sekali.
Pendandan
a) Semua pendandan rambut hendaklah mendapat pemeriksaan kesihatan dari Majlis sekurang-kurangnya setahun sekali.
b) Pendandan hendaklah memakai pakaian kot atau oberall yang bersih dan sopan.
c) Sebelum melayan pelanggan, pendandan rambut hendaklah mencuci bersih tangannya.
d) Pelesen dikehendaki menyediakan senarai daftar bagi pekerja berserta gambar.
Peralatan / Kelengkapan
a) Premis, perabot, perkakas dan peralatan hendaklah dijaga dengan bersih, teratur dan kemas.
b) Hendaklah menyediakan bekalan air panas dan sejuk berterusan sepanjang urusan perniagaan dijalankan.
c) Menyediakan sekurang-kurangnya 2 bekas yang sesuai dan bertutup rapat untuk menyimpan kain dan tuala yang kotor dan keratan rambut.
d) Tuala muka, pelindung leher, tuala leher atau sebarang kain yang menyentuh kulit pelanggan hendaklah sentiasa baru dan bersih.
e) Gunting, sikat, perepang (clippers) hendaklah direndam dengan cecair basmi kuman (disinfectant) selama sekurang-kurangnya 3 minit seleas digunakan.
f) Pisau cukur hendaklah digunakan dari jenis guna sekali (disposable).
g) Hanya krim cukuran untuk kerja-kerja pencukuran. Cawan buih cukuran hendaklah dikosongkan selepas sahaja digunakan bagi setiap pelanggan dan dicuci sepenuhnya dengan air mendidih.
h) Span atau puff bedak tidak boleh digunakan.
i) Menggunakan peralatan berasingan bagi pelanggan yang berpenyakit kulit berjangkit.
Syarat-Syarat Tambahan
a) Hanya dua (2) kerusi baring (facial) dibenarkan untuk satu lesen kedai gunting bagi menjalankan kerja-kerja rawatan muka.
b) Dilarang mengadakan perkhidmatan urutan pada pelanggan.
c) Dilarang sebarang binatang berada di dalam premis.
d) Dilarang mempamerkan sebarang gambar berunsur lucah di premis perniagaan.
e) Tidak dibenarkan mengadakan katil dalam premis perniagaan.
f) Tidak dibenarkan membuat sekatan dalam apa-apa bentuk diantara kerusi gunting.
g) Tidak dibenarkan mengadakan kegiatan pelacuran dan urut mengurut di antara lelaki dan perempuan.
h) Tidak dibenarkan mengadakan penjualan minuman keras.

Majlis Bandaraya Johor Bahru menyediakan permohonan Lesen Premis Perniagaan dan Iklan mengikut jenis-jenis perniagaan dan keperluan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama-sama permohonan, contoh-contoh borang yang digunakan, bayaran-bayaran yang dikenakan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon atau pelesen. Ianya bagi memberi kemudahan kepada para peniaga untuk permohonan lesen premis perniagaan.

Penempatan Bagi Pemasangan Sepanduk Dalam Kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru

Kawasan Barat
1. Jalan Geroda (berhampiran Pasar Awam Larkin)
2. Persimpangan Jalan Tampoi/Hospital Permai
3. Persimpangan Jalan Kebun Teh/Jalan Abad
4. Taman Kemas/Jalan Hospital Permai
5. Pasar Taman Dahlia (2 tapak)
6. Taman Tampoi Indah
7. Taman Cempaka/Simpang 4 lampu isyarat
8. Simpang Jalan Langkasuka/Jalan Dewata
9. Simpang Jalan Daya/Jalan Bertam
10. Simpang Jalan Mutiara Emas/Mount Austin
11. Simpang Jalan Padi/Jalan Padi Mahsuri
12. Simpang Jalan Padi Emas/Jalan Padi Mahsuri
Kawasan Timur 
1. Jalan Bakar Batu/Jalan Benang
2. Simpang Jalan Kangkar Tebrau/Jalan Utama (Taman Daya)
3. Jalan Permas Selatan/Jalan Permas Utara
4. Taman Rinting/Simpang 4 lampu isyarat
5. Taman Kota Puteri/Simpang 4 lampu isyarat
6. Simpang Jalan Bayan/Jalan Kota Puteri
7. Simpang Jalan Kuning/Sri Pelangi
8. Pasar Taman Sri Tebrau
9. Simpang Jalan Masai Baru/Masai Lama

Lokasi - lokasi Jalan Protokol Yang Dilarang Bagi Pemasangan Kain Rentang

  1. Jalan Skudai
  2. Jalan Tun Abdul Razak
  3. Jalan Wong Ah Fook
  4. Jalan Datin Halimah
  5. Lebuhraya Tebrau hingga ke persimpangan Jalan Tampoi
  6. Lebuhraya Pasir Gudang
  7. Jalan Lingkaran Dalam