15 Januari 2020 : Delegasi Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru, yang diketuai oleh Bapak Sunarko, Konsul Jenderal Republik Indonesia, telah mengadakan kunjungan hormat ke Perpustakaan Sultan Ismail (PSI) Johor Bahru petang tadi.
Delegasi yang turut disertai oleh Konsul Penerangan Sosial Budaya bersama-sama 3 orang pegawai Konsulat Republik Indonesia itu telah disambut oleh Encik Khairul Anuar bin Esa, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MBJB serta mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan MBJB berkenaan perkhidmatan perpustakaan dan program pendidikan yang dijalankan PSI.
Dalam sesi kunjungan tadi, Bapak Sunarko turut berkesempatan untuk melihat sekitar projek pembangunan PSI yang sedang giat dilaksanakan.