DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Perasmian Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru pada hari ini, 24 Mac 2022.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato' Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.