Jumaat, 12 Januari 2024 - Kerja-kerja bantuan pasca banjir diteruskan pada malam tadi bermula jam 8.00 malam hingga 12.00 malam oleh Southern Volunteers MBJB. Kerja-Kerja pembersihan sisa pukal telah dijalankan di Jalan Meranti 1, Jalan Meranti 2 dan Jalan Meranti 3, Taman Kemang, Kota Tinggi yang melibatkan sisa pukal dari 165 buah premis kediaman.