Penanaman Pokok - Gambir

GAMBIR

  • Pokok gambir (Uncaria gambir) tergolong dalam sejenis herba dari keluarga Rubiacane  (tanaman bergetah) berdasarkan ilmu botani. Ketinggiannya mencapai 2 sehingga 3 meter, daun elips hijau tunggal dengan hujung runcing saling  berhadapan.  Rantingnya  berkait dan boleh menghasilkan bunga dalam bentuk gugusan dan ia menggunakan kait yang cangkuk  memanjat ke     tumbuhantumbuhan lain untuk menyokong pembesarannya.
     
  • Gambir telah lama dikenali di dunia Melayu sebagai salah satu bahan yang digunakan dalam adat tradisional mengunyah sirih.
     
  • Pada abad ke-19, gambir menjadi komoditi yang bernilai komersial kerana kegunaannya sebagai ejen penyamak (tanning agent),  dan Johor menjadi salah satu kawasan gambir utama di dunia bersama lada hitam di bawah satu sistem konsensi dinamakan Kangcu.
Rujukan:

Huen, P. L. (2009). Johor Local History, Local Landscapes (1855 - 1957) . Singapura: Straits Times Press
Soh, K. H. (2022). Perkembangan Penanaman Gambir di Johor. Johor Bahru: Persekutuan Tiong - Hua Johor Bahru.

 
 
gambir