Lawatan Rasmi Penandaarasan Unit Integriti dan Pemodenan Pentadbiran Bersama Jabatan Pelesenan MBJB Ke Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor

Ahad, 14 Julai 2024 | JPJ Negeri Johor

Yang Berusaha Encik Mohamad KhairulAnuar bin Esa selaku Pengarah Integriti dan Pemodenan Pentadbiran (KUI), Majlis Bandaraya Johor Bahru telah mengadakan satu lawatan kerja rasmi ke JPJ Negeri Johor.

Delegasi ini dihadiri oleh Pegawai-pegawai Integriti dan Pemodenan Pentadbiran dan juga En. Mohamad Rusydi bin Md Dean, Ketua Penolong Pengarah Pelesenan MBJB.

Lawatan delegasi dari MBJB telah disambut oleh YBrs Tuan Azmil bin Zainal Adnan, Pengarah JPJ Negeri Johor.

Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara pihak MBJB dan juga JPJ Negeri Johor di samping berkongsi input dan bertukar pandangan bagi penambahbaikan prosedur kerja yang berkaitan.

Pihak MBJB mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPJ Negeri Johor di atas kesudian menerima deligasi lawatan ini serta diharap dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada warga bandaraya Johor bahru khususnya.

Terus ikuti laman sosial rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk mengetahui informasi terkini.

Lawatan Rasmi

Lawatan Rasmi

Lawatan Rasmi