FUNGSI UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)
Menguruselia Permohonan Pelan Pemajuan
- Menerima dan menyemak permohonan
- Mengedar permohonan kepada agensi untuk diproses dan ulasan
- Memantau status permohonan
- Menyelaras permohonan bagi pertimbangan Jawatankuasa Pusat Setempat
- Mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon dan agensi/jabatan
Mengurusetia Jawatankuasa Pusat Setempat Majlis Bandaraya Johor Bahru
- Menyelaras agenda dan keperluan mesyuarat
- Menyelaras kertas perakuan permohonan pelan pemajuan, kertas dasar, kertas pemakluman dan lain-lain kertas kerja berkaitan
- Menyelaras maklumbalas perkara-perkara berbangkit
- Menyediakan laporan status/rekod permohonan berdasarkan ISO dan piagam pelanggan
- Menyelaras laporan pemeriksaan tapak bina
Menyelaras Pemantauan Status Pelaksanaan Pemajuan
- Menerima dan mengedar Notifikasi Mula Kerja
- Menerima, mengear dan Menyelaras Notifikasi Interim
- Menerima, mengedar dan menyelaras Notifikasi Akhir
- Menyediakan laporan pemeriksaan tapak bina kepada jawatankuasa
- Menerima dan mengedar pendepositan dokumen pematuhan dan penyiapan
Menyelaras Prosedur Pelan Pemajuan
- Memantau pelaksanaan prosedur mengikut ketetapan dasar dan garis panduan Persekutuan dan Negeri
- Menyelaras penyediaan kertas dasar bagi pertimbangan Jawatankuasa
- Menyelaras penambahbaikan prosedur secara berkala
- Merancang dan membuat hebahan pelaksanaan prosedur dan dasar-dasar Pelan Pemajuan