Info Unit Pusat Setempat

FUNGSI UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)

Menguruselia Permohonan Pelan Pemajuan

  • Menerima dan menyemak permohonan
  • Mengedar permohonan kepada agensi untuk diproses dan ulasan
  • Memantau status permohonan
  • Menyelaras permohonan bagi pertimbangan Jawatankuasa Pusat Setempat
  • Mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon dan agensi/jabatan

Mengurusetia Jawatankuasa Pusat Setempat Majlis Bandaraya Johor Bahru

  • Menyelaras agenda dan keperluan mesyuarat
  • Menyelaras kertas perakuan permohonan pelan pemajuan, kertas dasar, kertas pemakluman dan lain-lain kertas kerja berkaitan
  • Menyelaras maklumbalas perkara-perkara berbangkit
  • Menyediakan laporan status/rekod permohonan berdasarkan ISO dan piagam pelanggan
  • Menyelaras laporan pemeriksaan tapak bina

Menyelaras Pemantauan Status Pelaksanaan Pemajuan

  • Menerima dan mengedar Notifikasi Mula Kerja
  • Menerima, mengear dan Menyelaras Notifikasi Interim
  • Menerima, mengedar dan menyelaras Notifikasi Akhir
  • Menyediakan laporan pemeriksaan tapak bina kepada jawatankuasa
  • Menerima dan mengedar pendepositan dokumen pematuhan dan penyiapan

Menyelaras Prosedur Pelan Pemajuan

  • Memantau pelaksanaan prosedur mengikut ketetapan dasar dan garis panduan Persekutuan dan Negeri
  • Menyelaras penyediaan kertas dasar bagi pertimbangan Jawatankuasa
  • Menyelaras penambahbaikan prosedur secara berkala
  • Merancang dan membuat hebahan pelaksanaan prosedur dan dasar-dasar Pelan Pemajuan