Majlis Bandaraya Johor Bahru menyediakan permohonan Lesen Premis Perniagaan dan Iklan mengikut jenis-jenis perniagaan dan keperluan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama-sama permohonan, contoh-contoh borang yang digunakan, bayaran-bayaran yang dikenakan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon atau pelesen. Ianya bagi memberi kemudahan kepada para peniaga untuk permohonan lesen premis perniagaan.
Dokumen Yang Diperlukan:
Semua jenis permohonan perlu dikembarkan dengan dokumen-dokumen berikut:-
- Pendaftaran Syarikat termasuk memorandum of Articles of association, Borang 12 dan 49 Akta Syarikat
- Salinan resit cukai harta tahun semasa
- Salinan Sijil Kelayakan Menduduki
- Perjanjian sewa premis sekirannya perniagaan disewa dari pemilik premis
- Dua (2) keping gambar berukuran paspot
- Contoh lakaran atau visual (artwork) iklan/papan tanda