KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT MBJB TAHUN 2023
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat MBJB telah diadakan pada 18 September 2023 Dewan Kenanga, Menara MBJB. Sebanyak 7 kumpulan telah menyertai Konvensyen KIK pada tahun 2023 dalam 2 kategori iaitu Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan dan Kategori Inovasi Sosial.
Johan Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan telah dimenangi oleh Kumpulan ENGINE AT WORK (Jabatan Kejuruteraan) diikuti Naib Johan oleh Kumpulan AC (Jabatan Pengangkutan Bandar) dan Tempat Ketiga oleh Kumpulan QS (Jabatan Perbendaharaan); manakala Johan Kategori Inovasi Sosial dimenangi oleh Kumpulan THE GREEN FINGERS (Jabatan Landskap) diikuti Naib Johan oleh Kumpulan ENFORCER (Jabatan Penguatkuasaan) dan Tempat Ketiga oleh Kumpulan THE PERFORMERS (Jabatan Khidmat Pengurusan). Persembahan Terbaik dimenangi oleh Kumpulan SMARTUAH (Jabatan Pembangunan Masyarakat)
Juara Keseluruhan KIK pula dimenangi oleh Kumpulan ENGINE AT WORK (Jabatan Kejuruteraan).
KUMPULAN ENGINE AT WORK (JOHAN - KATEGORI INOVASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN)
KUMPULAN AC (NAIB JOHAN - KATEGORI INOVASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN)
KUMPULAN QS (TEMPAT KETIGA - KATEGORI INOVASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN)
KUMPULAN THE GREEN FINGERS (JOHAN - KATEGORI INOVASI SOSIAL)
KUMPULAN ENFORCER (NAIB JOHAN - KATEGORI INOVASI SOSIAL)
KUMPULAN THE PERFORMERS (TEMPAT KETIGA - KATEGORI INOVASI SOSIAL)
KUMPULAN SMARTUAH (PERSEMBAHAN TERBAIK)