Penanaman Pokok - Lada Hitam

LADA HITAM
 

•   Piper nigrum, yang biasanya dipanggil lada hitam, adalah ahli keluarga piperaceae dan berasal daripada India. Tanaman ini telah tersebar di seluruh kawasan tropika dan subtropika di dunia. Ia tumbuh di tempat-tempat yang panas dan lembap. Lada hitam adalah rempah kuno dan terkenal di seluruh dunia serta dikenali sebagai "Raja rempah ratus".
•  Lada hitam adalah salah satu rempah ratus yang sangat berharga di Timur, dan pencarian rempah-rempah inilah yang membawa kapal dan karavel dari Eropah ke Timur berabad-abad yang lalu. Malah hari ini, lada masih merupakan perasa yang sangat diperlukan untuk masakan Asia dan Barat.
•  Lada dan gambir sentiasa ditanam bersama. Temenggong Daeng Ibrahim telah menggalakkan penanam lada dan gambir dari bangsa Cina di Singapura untuk mengembangkan aktiviti tanaman ini ke Johor sejak tahun 1840-an melalui Sistem Kangcu.


Rujukan:

http://portal.myagro.moa.gov.my/ms/doa/iplt/Pages/Black-Pepper.aspx
Huen, P. L. (2009). Johor Local History, Local Landscapes (1855 - 1957) . Singapura: Straits Times Press

 

 

Lada Hitam